Muhyiddin: Kerjasama PN-BN sekadar sandiwara politik, Bersatu kekal jadi pembangkang

July 18, 2026 · Politik

Presiden Parti Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hanyalah satu sandiwara yang bertujuan mengelirukan orang Melayu serta rakyat demi meraih kuasa.

Menurut beliau, walaupun BN lantang mengkritik Pakatan Harapan (PH) dan hubungan itu disambut baik oleh PN, hakikatnya PH dan BN masih bersama membentuk Kerajaan Persekutuan.

“PH dan BN tidak boleh lari daripada tanggungjawab kolektif melaksanakan dasar kerajaan, termasuk dasar yang membebankan rakyat.

“Kepada UMNO dan BN, jangan menutup segala kelemahan dengan meletakkan kesalahan kepada pihak lain, sedangkan pada masa sama menikmati kedudukan sebagai kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Muhyiddin turut mendakwa UMNO menggunakan naratif penyatuan ummah dan orang Melayu bagi mendapatkan semula sokongan masyarakat Melayu.

Beliau menegaskan Bersatu tidak terlibat dalam apa yang disifatkannya sebagai sandiwara politik itu, sebaliknya akan terus berpegang kepada perjuangan membela rakyat dan memajukan negara.

“Bersatu bebas daripada semua sandiwara ini dan bertekad untuk terus istiqamah dengan matlamat perjuangannya. Walaupun cabaran yang dihadapi bukan sedikit, semangat perjuangan mesti terus diperkukuhkan,” katanya.

Muhyiddin turut menyifatkan kedudukan Bersatu kini lebih mencabar kerana parti itu menjadi satu-satunya parti pembangkang di Parlimen selepas kerjasama politik antara PN dan BN.

Menurutnya, PH dan BN mentadbir Kerajaan Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri, manakala kerjasama PN dengan BN secara tidak langsung meletakkan PN sebagai penyokong kepada parti kerajaan.

“Isunya bukan sama ada Bersatu mampu bertahan atau tidak, tetapi Bersatu mesti terus bertahan kerana wujud satu kelompangan besar dalam politik negara.

“Tiada lagi parti yang benar-benar berwibawa untuk menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap dasar kerajaan serta membawa suara rakyat ketika kos sara hidup terus menghimpit,” katanya.

Kerjasama antara PN dan BN menjadi antara perkembangan terbesar dalam landskap politik negara menjelang beberapa pilihan raya negeri, selepas kedua-dua gabungan itu mencapai persefahaman bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan.

Langkah itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk kritikan daripada pemimpin Bersatu yang memilih kekal sebagai blok pembangkang di peringkat Persekutuan.

Berita berkaitan
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
1 jam lalu· Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
5 jam lalu· Politik
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
13 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
5 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
10 jam lalu · Politik
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
13 jam lalu · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
13 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok