Muktamar PAS: Presiden Gerakan dikritik hebat oleh perwakilan Pulau Pinang

September 15, 2025 · Politik

Presiden Gerakan, Dr. Dominic Lau, sekali lagi menjadi sasaran kritikan pedas daripada perwakilan Pulau Pinang itu pada hari kedua Muktamar PAS Pusat ke-71.

Dalam sesi bahas ucapan dasar Presiden PAS, perwakilan Pulau Pinang, Muhammad Hafis Alias, bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Dominic yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri.

Beliau mendakwa Lau langsung tidak mengambil berat tentang kebajikan 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Bersatu di negeri itu.

“Kami nak mengadu hal kepada ayahanda kepimpinan dan semua. PN di Pulau Pinang pengerusinya ialah Presiden Gerakan, tetapi dia tak ambil peduli langsung tentang ADUN Pulau Pinang baik PAS atau Bersatu,” tegas Muhammad Hafis.

Kritikan itu merupakan rentetan daripada bantahan yang telah dibangkitkan semalam oleh perwakilan Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Shafirul Rozani, yang menyifatkan Dominic gagal memimpin gabungan pembangkang negeri tersebut dengan berkesan.

Isu calon di kerusi DUN Bayan Lepas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) turut dibangkitkan.

Muhammad Hafis menyifatkan tindakan Gerakan yang meletakkan calon di kerusi majoriti Melayu-Islam sebagai tindakan yang tidak ‘gentleman’, berbeza dengan DHPP PAS yang bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.

“Mereka tak `gentleman’ macam calon dari Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa pucuk pimpinan PAS dan PN supaya memastikan kerusi Bayan Lepas dikembalikan kepada calon Melayu-Islam pada pilihan raya akan datang.

“Ini bukan isu peribadi, ini isu berkaitan wakil Melayu Islam di tempat Melayu Islam. Kita harap pimpinan ambil soal isu DUN Bayan Lepas. Mana mungkin orang bukan Melayu memimpin Melayu,” tegasnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran seorang bukan Melayu memimpin di kawasan majoriti Melayu, sambil menegaskan jentera PAS di situ sangat kuat dan pernah tewas dengan majoriti tipis sebelum ini.

Berita berkaitan
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
4 jam lalu· Politik
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
10 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
July 25, 2026· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
July 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
2 jam lalu · Politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
2 jam lalu · Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
2 jam lalu · Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
4 jam lalu · Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
11 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok