ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN

April 18, 2026 · Politik

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Perlis memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Abu Bakar Hamzah, untuk menjelaskan sebab penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung bulan ini.

ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli berkata, keputusan menangguhkan sidang tersebut amat mengecewakan kerana masih banyak isu tertunggak yang memerlukan penjelasan kerajaan negeri, termasuk hal berkaitan pelaburan, geran tanah dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

“Penangguhan ini dibuat ketika banyak perkara penting belum dijawab. Kami beri tempoh seminggu untuk Menteri Besar menjelaskan keadaan sebenar,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, notis asal sidang DUN diterima pada 9 April, menetapkan persidangan berlangsung dari 21 hingga 23 April, namun pembatalan hanya dimaklumkan pada saat akhir tanpa tarikh baharu ditetapkan.

Mohd Shukri turut meluahkan kekesalan peribadi kerana telah menangguhkan jadual menunaikan haji bagi menghadiri sidang berkenaan.

“Saya sudah ubah penerbangan ke Tanah Suci demi sidang DUN, tetapi tiba-tiba ia ditangguhkan. Ini sesuatu yang amat dikesali,” katanya.

Beliau menegaskan penangguhan itu dianggap luar biasa kerana tiada sebarang situasi kecemasan seperti bencana alam, kematian atau wabak penyakit yang boleh dijadikan alasan.

Pada masa sama, Mohd Shukri berkata keputusan tersebut tidak dibincangkan bersama enam ADUN PAS, walaupun mereka merupakan tulang belakang kepada kestabilan kerajaan negeri ketika ini.

“Sebagai ketua kerajaan, beliau perlu yakin dengan sokongan kami dan bukannya bertindak tanpa perbincangan,” ujarnya.

Untuk rekod, kemelut politik Perlis sebelum ini menyaksikan Mohd Shukri digantikan sebagai Menteri Besar selepas beberapa ADUN hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Abu Bakar kemudiannya dilantik mengambil alih jawatan tersebut.

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
2 jam lalu· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
3 jam lalu· Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
22 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
22 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
23 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok