Murid belajar bawah khemah di Beluran, PM arah tindakan segera

April 11, 2026 · Isu semasa

Isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Beluran, Sabah yang terpaksa belajar di bawah khemah dan di kaki lima masjid mendapat perhatian segera Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri supaya mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan menyifatkan keadaan yang dihadapi murid terbabit tidak boleh dibiarkan berlarutan.

“Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada KPM dan ICU untuk penyelesaian segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan kebajikan serta keselesaan pelajar perlu menjadi keutamaan.

“Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama dan tindakan segera wajib dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Isu itu timbul susulan kerosakan sebahagian infrastruktur sekolah yang dikaitkan dengan pergerakan tanah dan keadaan cerun tidak stabil, sekali gus menjejaskan keselamatan bangunan sedia ada.

Keadaan ini memaksa pihak sekolah memindahkan sesi pembelajaran ke lokasi sementara termasuk kawasan masjid berhampiran.

Laporan media tempatan menyebut murid kini mengikuti kelas dalam keadaan serba kekurangan, termasuk terdedah kepada cuaca panas dan hujan.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak mengenai keselamatan dan kualiti pembelajaran pelajar di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Likas, Tham Yun Fook, turut menggesa pihak berkuasa pendidikan di peringkat negeri dan Persekutuan supaya bertindak segera.

Menurutnya, keadaan semasa jelas tidak sesuai untuk proses pembelajaran.

“Kanak-kanak terpaksa belajar di lokasi sementara di masjid, ada yang di laluan, terdedah kepada hujan ketika cuaca basah dan berada di bawah khemah dalam keadaan panas. Keadaan ini amat menyentuh hati,” katanya.

SK Balaban Jaya merupakan antara sekolah luar bandar di Sabah yang berdepan cabaran kemudahan asas sejak sekian lama.

Isu infrastruktur pendidikan di kawasan pedalaman negeri itu sering dibangkitkan, termasuk kekurangan bangunan selamat, akses terhad dan keperluan pembaikan segera.

Berita berkaitan
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu· Politik
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
14 jam lalu· Isu semasa
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
June 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
14 jam lalu · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
14 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok