Murray Hunter mohon maaf, tarik balik kenyataan terhadap MCMC

January 13, 2026 · Isu semasa

Penulis dan penganalisis kontroversi, Murray Hunter, hari ini mengeluarkan permohonan maaf terbuka serta menarik balik sepenuhnya kenyataan dan artikel yang sebelum ini mengaitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan.

Dalam satu kenyataan awam hari ini, Hunter memaklumkan sudah berbincangn dengan MCMC dan mencapai persefahaman melalui satu Perjanjian Penyelesaian.

Beliau mengakui kandungan yang diterbitkan sebelum ini “boleh dibaca sebagai tidak tepat, mengelirukan dan telah membawa kepada salah faham.”

“Saya dengan ini memohon maaf dan menzahirkan kekesalan sekiranya tindakan tersebut telah menyebabkan sebarang kerosakan kepada MCMC dan/atau pihak berkaitan, dan saya menarik balik sepenuhnya semua komen serta artikel berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Hunter, senarai artikel dan komen yang terlibat telah dinyatakan dalam jadual yang dilampirkan bersama Perjanjian Penyelesaian tersebut.

Penarikan balik ini meliputi keseluruhan kandungan yang pernah disiarkan berkaitan isu berkenaan.

Untuk konteks, isu antara Hunter dan MCMC sebelum ini pernah dibawa ke muka pengadilan selepas MCMC mengambil tindakan berhubung dakwaan kenyataan yang dianggap memfitnah dan menjejaskan reputasi institusi serta individu tertentu.

Kes-kes terdahulu ini menyaksikan pertikaian mengenai kesahihan fakta, tafsiran kenyataan awam, serta kesan penerbitan terhadap kepercayaan awam.

MCMC pada 16 Oktober tahun lalu memenangi kes saman fitnah terhadap Hunter selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan beliau bertanggungjawab menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadap suruhanjaya itu.

Dalam keputusan yang dibuat pada 15 Oktober, mahkamah mendapati Hunter telah menerbitkan beberapa artikel antara April hingga November 2024 yang mengandungi dakwaan palsu dan tidak berasas terhadap MCMC.

MCMC mendakwa penerbitan artikel sebelum ini mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi suruhanjaya itu sebagai badan pengawal selia komunikasi dan multimedia negara.

Hunter, seorang warga Australia yang menetap di Malaysia sejak beberapa tahun lalu, dikenali sebagai penulis bebas dan sering memuat naik artikel berkaitan isu politik serta dasar kerajaan Malaysia di beberapa platform dalam talian.

Sebelum ini, beliau pernah dikaitkan dengan beberapa penulisan yang mendakwa berlaku salah urus dan campur tangan politik dalam agensi kerajaan termasuk MCMC yang kemudiannya dinafikan oleh pihak berkuasa.

Berita berkaitan
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
3 jam lalu· Isu semasa
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
5 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
November 25, 2026 · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
November 25, 2026 · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
5 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
19 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok