MyDigital ID dicadang sebagai mekanismes sahkan umur pengguna media sosial

November 24, 2025 · Isu semasa

Kerajaan mencadangkan penggunaan MyDigital ID sebagai mekanisme untuk mengesahkan umur pemilik akaun media sosial, dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada bahaya di ruang digital.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata langkah itu bertujuan memastikan pengguna platform media sosial tidak tergolong dalam kumpulan umur 16 tahun ke bawah.

“Cadangan kerajaan adalah menggunakan MyDigital ID sebagai satu daripada alat atau mekanisme untuk mengesahkan umur pengguna media sosial. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama penyedia platform,” jelasnya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai pelaksanaan larangan kanak-kanak bawah 16 tahun memiliki akaun media sosial serta cabaran pelaksanaannya.

Nie Ching memberitahu langkah mengehadkan umur pemilikan akaun media sosial bukanlah perkara baharu, malah telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk Australia.

Dalam perkembangan berkaitan, Nie Ching mendedahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 812 aduan berkaitan penyebaran kandungan atau berita palsu di seluruh negara dari 1 Januari hingga 20 November lepas.

Aduan tersebut direkodkan melalui Consumer Redress Portal (CRP) dan melibatkan pelbagai isu.

“Antaranya, penyebaran kandungan palsu berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat, seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” jelasnya.

“Terdapat juga aduan berhubung penyebaran maklumat palsu yang bertujuan menimbulkan keresahan dan panik dalam kalangan masyarakat,” tambahnya lagi.

Maklumat itu diberikan sebagai jawapan kepada soalan Kapten (B) Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) mengenai statistik aduan rakyat berkaitan liputan Internet dan penyebaran berita palsu.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
9 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok