MyKad baharu ada ciri rekod pembelian minyak masak bersubsidi

January 29, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan memperkenalkan MyKad versi baharu bermula 1 Jun ini yang dilengkapi kod QR bagi merekodkan setiap pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh rakyat tempatan, sebagai langkah memperketat kawalan dan mengelakkan ketirisan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata penggunaan MyKad berkenaan akan menjadi satu pilihan dalam sistem sedia ada bagi memastikan subsidi dinikmati golongan sasar, khususnya rakyat Malaysia.

Menurutnya, kaedah itu juga dapat menghalang pembelian oleh warga asing.

“Jika sebelum ini eCOSS menggunakan kod QR, dengan MyKad baharu yang mempunyai kod QR, pembelian minyak masak paket boleh direkod hanya melalui imbasan kad pengenalan. Ini memastikan manfaat subsidi benar-benar sampai kepada masyarakat kita,” katanya di Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan yang mencadangkan supaya Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) diintegrasikan dengan aplikasi lain bagi memudahkan pemantauan.

Armizan menjelaskan pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menghubungkan eCOSS dengan platform MyKasih, yang kini digunakan dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta pembelian petrol RON95.

Dalam pada itu, Armizan mengakui cabaran pelaksanaan sistem digital di kawasan luar bandar, khususnya melibatkan warga emas dan golongan miskin yang tidak mempunyai akses internet.

Katanya, bagi fasa rintis penggunaan aplikasi mudah alih eCOSS yang bermula Mei lalu, kaedah pembelian manual masih dibenarkan di premis tertentu.

“Perekodan transaksi secara manual masih diteruskan di kedai yang belum mempunyai capaian internet. Peruncit juga akan dibantu dengan modul khas untuk membantu warga emas dan golongan kurang berkemampuan yang tidak memiliki telefon pintar,” katanya.

Untuk rekod, eCOSS diperkenalkan bagi memantau keseluruhan rantaian pengedaran minyak masak paket bersubsidi, daripada kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong hingga ke peruncit.

Sistem ini merekodkan setiap transaksi bagi mengelakkan penyelewengan subsidi yang telah lama menjadi isu, terutama apabila permintaan tinggi dan bekalan terhad.

Berita berkaitan
Kenderaan rosak akibat RON95, Petron dan Caltex tawar pampasan: Armizan
November 5, 2026· Isu semasa
Gaji minimum RM2,000 perlu seiring bantuan kos sara hidup: Amir Hamzah
November 5, 2026· Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
November 1, 2026· Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok