MyKiosk: Menteri DAP pelawa SPRM siasat, bidas MCA tak bantu kerajaan

May 20, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipelawa untuk menyiasat berhubung isu harga MyKiosk tidak munasabah yang tular di media sosial, kata Nga Kor Ming.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu tidak mempunyai masalah sekiranya pihak berkuasa mahu menyiasat kementeriannya yang bertanggungjawab mengendalikan MyKiosk, malah mengajak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki untuk duduk sama minum kopi.

“Saya hendak jemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) datang ke pejabat untuk minum teh.

“Saya juga telah arahkan pegawai KPKT untuk cari TikToker dan mereka yang sebar berita palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Media 2025 pada Selasa.

Nga juga berkata pihaknya akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah.

Dakwanya, projek MyKiosk sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk memporak-perandakan Kerajaan Madani.

“Saya nampak cara mereka untuk jatuhkan imej kerajaan agar MCA dapat keluar dan sertai Perikatan Nasional (PN),” jelasnya lagi.

Menurutnya, sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, MCA sepatutnya membantu kerajaan.

“Dari hari pertama saya perhatikan perangai dan tingkah laku mereka cuba mengutuk kerajaan, membuat apa sahaja demi kepentingan sempit mereka,” ujar beliau.

Berang dikaitkan dengan penganugerahan tender kepada kroni, Nga menjelaskan adalah amat mustahil 795 kontraktor yang mendapat projek berkenaan merupakan kroninya.

Katanya lagi, sebanyak 1,185 kios disediakan di Johor yang mana ahli majlisnya terdiri daripada MCA.

“Paling banyak dapat adalah Johor. MCA itu tidur, nyanyuk atau tidak buat kerja? Dia yang tender, dia yang dapat award, dia yang marah.

“Kalau bodoh tidak mengapa, tapi jangan bodoh sombong,” katanya.

Tambah beliau, MyKiosk 2.0 telah ditambah baik dengan ketahanan tenaga solar sebanyak tiga kali ganda iaitu sehingga 12 jam berbanding sebelum ini hanya empat jam.

Ia turut dilengkapi rak mudah laras, bumbung berkecerunan, selain tingkap hidraulik.

“Bumbung juga menggunakan material galvanized steel dan powder coated bagi memastikan kualiti yang lebih baik.

“Takkanlah harga kereta BMW sama dengan harga (Perodua) Kancil?

“Tukang fitnah itu hanya mahu menjadi perosak untuk menghalang Kerajaan Madani membantu rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
3 jam lalu· Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu· Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
15 jam lalu· Politik
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
5 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
5 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok