NADI On Wheels bantu mangsa banjir Pahang kekal berhubung

December 21, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menggerakkan inisiatif NADI On Wheels ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bukit Setongkol bagi menyokong keperluan internet serta kebajikan komuniti yang terjejas akibat banjir di Pahang.

Inisiatif tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada mangsa banjir, termasuk kemudahan internet percuma, saringan kesihatan asas serta aktiviti Program Perkhidmatan Pintar NADI yang disesuaikan dengan keperluan komuniti setempat.

Langkah itu bertujuan memastikan mangsa kekal berhubung, mendapat maklumat yang tepat dan dapat meneruskan urusan penting walaupun berada dalam situasi bencana.

Menurut MCMC, pengoperasian NADI On Wheels dilaksanakan susulan peningkatan jumlah kawasan terjejas banjir dan pembukaan beberapa PPS di Pahang.

Bermula 19 Disember 2025, pasukan NADI On Wheels digerakkan ke PPS Bukit Setongkol bagi membantu mangsa, khususnya dari segi akses digital dan sokongan berasaskan komuniti.

“NADI On Wheels berperanan membawa kemudahan teknologi terus ke lapangan bagi memastikan mangsa banjir tidak terputus akses kepada internet dan maklumat penting, selain menyokong kesejahteraan komuniti terjejas,” kata MCMC dalam satu kenyataan.

Kenderaan NADI On Wheels dilengkapi dengan kemudahan satelit Starlink, tenaga solar mudah alih, komputer riba, tablet, projektor serta capaian Wi-Fi percuma, sekali gus berfungsi sebagai pusat perkhidmatan bergerak di kawasan bencana.

Pendekatan ini membantu mengekalkan kesinambungan akses digital walaupun dalam keadaan mencabar.

NADI On Wheels merupakan inisiatif MCMC yang bertindak sebagai platform perkhidmatan bergerak untuk menyediakan capaian internet dan sokongan komuniti secara terus di lapangan, khususnya kepada golongan rentan, kawasan pedalaman serta lokasi yang terkesan akibat bencana.

“MCMC akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menggerakkan NADI On Wheels ke PPS lain yang dikenal pasti dari semasa ke semasa, selaras dengan usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi dalam kalangan rakyat,” menurut kenyataan itu.

 

Berita berkaitan
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu· Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu· Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Komuniti Sook didedah cara elak ancaman siber menerusi Karnival Internet Selamat
July 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
9 jam lalu · Isu semasa
PH kecam khianat bahan kempen, seru politik sihat
11 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka lebih kukuh, KDNK berpotensi melepasi 5%
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok