Najib mohon tangguh hukuman kes 1MDB, denda RM11.4 bilion

7 jam lalu · Politik

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak memohon pelaksanaan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.387 bilion dalam kes 1MDB ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Permohonan itu dimaklumkan peguamnya, Shafee Abdullah, ketika pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Ruwena Md Nordin hari ini.

Shafee turut memohon supaya tiada waran komital dikeluarkan terhadap Najib apabila hukuman penjara 15 tahun itu dijadualkan bermula pada 2028.

“Permohonan penggantungan telah difailkan dan kami memohon ia didengar sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan,” katanya ketika prosiding.

Menurut peguam itu, sijil perakuan segera bagi permohonan berkenaan juga sudah difailkan di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalam, memaklumkan pihak pendakwaan akan memberikan jawapan terhadap permohonan tersebut.

Susulan itu, Ruwena menetapkan 14 Oktober ini untuk pendengaran permohonan berkenaan dan mengarahkan semua dokumen berkaitan difailkan sehari sebelum tarikh pendengaran.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.387 bilion terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara Februari 2011 hingga Disember 2014, membabitkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya.

Hukuman penjara 15 tahun itu bagaimanapun hanya dijadualkan bermula pada 2028 selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International.

Permohonan terbaharu itu kini bergantung kepada keputusan mahkamah terhadap rayuan dan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman yang dikemukakan pihak pembelaan.

Berita berkaitan
Denda RM50 juta: Najib belum buat bayaran, peguam nafi khabar angin
4 jam lalu· Politik
Tahanan rumah Najib: Peguam tolak idea kawat duri, pengawal bersenjata
4 jam lalu· Politik
Rais Yatim hadapi pertuduhan hasutan berkait krisis takhta Negeri Sembilan
7 jam lalu· Politik
Rais Yatim dijangka didakwa di Mahkamah Melaka esok: Laporan
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
SPR bincang tarikh PRN Melaka 7 Oktober
September 25, 2026 · Politik
RoS gantung PN: Bersatu dakwa perlembagaan dilanggar
1 jam lalu · Politik
Notis RoS: Bersatu mahu Perlembagaan PN dipatuhi, elak buat keputusan unilateral
4 jam lalu · Politik
Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman
4 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Aminuddin persoal tindakan Ismail tandatangan proklamasi
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok