Notis RoS: Bersatu mahu Perlembagaan PN dipatuhi, elak buat keputusan unilateral

3 jam lalu · Politik

Perintah penggantungan terhadap Perikatan Nasional (PN) perlu digunakan untuk menghentikan tindakan unilateral yang didakwa mengetepikan Majlis Tertinggi (MT), parti anggota serta Perlembagaan gabungan itu.

Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata perkara itu antara isu yang dibangkitkan dalam aduan rasmi parti berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Menurutnya, aduan berkenaan melibatkan dakwaan pelanggaran aturan, kaedah tadbir urus dan Perlembagaan PN yang didakwa berlaku secara berulang.

Antara perkara dibangkitkan termasuk Bersatu tidak dilibatkan dalam mesyuarat tertentu, keputusan MT PN tidak dilaksanakan atau dilengahkan serta tindakan yang bercanggah dengan keputusan badan tertinggi gabungan.

“Keputusan dasar PN tidak seharusnya disanggah, diubah atau ditentukan secara unilateral oleh individu yang bukan anggota MT PN di luar mesyuarat MT PN.

“Tidak boleh ada mana-mana pihak atau individu bertindak sewenang-wenangnya dengan mengetepikan Perlembagaan serta keputusan dasar yang telah diputuskan oleh MT PN,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Tun Faisal turut mendakwa terdapat rundingan dengan parti luar dilakukan tanpa penglibatan atau pengetahuan MT PN dan parti anggota.

Beliau berpandangan perintah penggantungan di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 mempunyai asas jika tujuannya untuk menghalang pertubuhan daripada terus melanggar peruntukan undang-undang, peraturan atau kaedah pertubuhan.

“Berdasarkan kronologi yang diketengahkan, perubahan kepengerusian dan pentadbiran PN didakwa menyaksikan pelanggaran serius terhadap aturan dan Perlembagaan gabungan secara berulang,” katanya.

Sementara itu, RoS menjelaskan penggantungan semua kegiatan PN yang berkuat kuasa 23 September lalu bukan bermaksud pendaftaran gabungan itu dibatalkan.

Menurut RoS, notis dikeluarkan pada 22 September bagi memberi ruang kepada PN menjelaskan aduan yang dikemukakan Bersatu, termasuk dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat MT PN pada 16 Julai serta isu berkaitan kedudukan keanggotaannya dalam gabungan berkenaan.

Berita berkaitan
RoS gantung PN: Bersatu dakwa perlembagaan dilanggar
September 25, 2026· Politik
Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman
3 jam lalu· Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
September 24, 2026· Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
September 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR bincang tarikh PRN Melaka 7 Oktober
September 25, 2026 · Politik
Denda RM50 juta: Najib belum buat bayaran, peguam nafi khabar angin
3 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Peguam tolak idea kawat duri, pengawal bersenjata
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Aminuddin persoal tindakan Ismail tandatangan proklamasi
6 jam lalu · Politik
Rais Yatim hadapi pertuduhan hasutan berkait krisis takhta Negeri Sembilan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok