Najib sifatkan pendakwaan berganda terhadapnya memudaratkan, sukar dapat keadilan

October 21, 2025 · Politik

Najib Razak menegaskan tidak pernah menuntut kekebalan daripada proses undang-undang, sebaliknya hanya mahukan prinsip kesaksamaan dan haknya dilindungi di bawah undang-undang dipatuhi.

Bekas perdana menteri itu berkata keputusan hakim dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah akan membentuk prinsip keadilan untuk negara.

“Yang Arif, saya mengambil maklum peringatan mantan Presiden Mahkamah Agung, Tun Suffian Hashim bahawa apabila mahkamah berkompromi untuk memenuhi kehendak pihak berkuasa, mahkamah akan hilang keyakinan rakyat yang sepatutnya dilindungi.

“Sejarah telah membuktikan kebenaran peringatan tersebut,” ujar Najib ketika membacakan kata-kata pengantar sebelum hujahan lisan pembelaan bermula.

Bekas perdana menteri itu berkata membangkitkan kebimbangan terhadap pertuduhan berganda dihadapinya yang disifatkan sebagai mengelirukan dan tidak dapat menjamin keadilan untuk dirinya.

“Adakah saya dipertuduh atas satu perbuatan atau beberapa? Atas satu keputusan atau beberapa keputusan?

“Jika pendakwaan yang bersifat ‘berganda’ sebegini dibenarkan, maka tiada sesiapa pun—sama ada seorang Perdana Menteri atau rakyat biasa akan dapat memastikan apakah sebenarnya pertuduhan yang perlu dijawabnya. Dan tanpa kepastian itu, mana mungkin wujudnya keadilan,” ujarnya.

Beliau berkata adalah mustahil untuknya menyediakan pembelaan yang berkesan sekiranya pertuduhan terus berubah-ubah dan tidak jelas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan yang disampaikan oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin.

Mengikut pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Berita berkaitan
Ewon hadir ke mesyuarat Kabinet, masih kekal menteri
October 24, 2025· Uncategorized
Kes Jho Low tidak pernah ditutup, masih dalam buruan: Polis
October 24, 2025· Isu semasa
Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji
October 24, 2025· Politik
Kes saman fitnah selesai, Sanusi tarik balik tuduhan terhadap Anwar
October 23, 2025· Politik
Lagi Politik terkini
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
2 jam lalu · Politik
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
7 jam lalu · Politik
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
7 jam lalu · Politik
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
October 24, 2025 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok