Najib tidak terlibat dalam konspirasi SRC, kata peguambela

August 25, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar hujahan tiada bukti yang mengaitkan Najib Razak dengan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn. Bhd. dan sebarang kesalahan merupakan hasil konspirasi pengarah-pengarah syarikat tersebut.

Peguambela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berhujah jika wujud konspirasi, ia dilakukan antara ahli perniagama dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, dengan bantuan pengarah lain tanpa penglibatan Najib.

“Jho Low mempunyai agendanya sendiri dan memanfaatkan bukan sahaja SRC International malah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengaut kekayaan peribadi.

“Dia mempunyai ejen seperti Nik Faisal untuk melaksanakan rancangannya,” hujah peguam tersebut.

Muhammad Farhan menegaskan tindakan ini dilakukan tanpa pengetahuan Najib, dan kehadiran bekas Perdana Menteri itu sebenarnya akan mengekang perbuatan mereka.

“Dalam undang-undang, seseorang hanya boleh dipertanggungjawabkan terhadap konspirasi jika terlibat secara langsung.

“Kami menggesa mahkamah supaya tidak membiarkan penipuan yang dilakukan oleh orang lain mencipta ‘liabiliti kambing hitam’ tanpa bukti,” tegasnya.

Mahkamah ketika ini sedang mendengar penghujahan kes saman SRC International terhadap Najib dan Nik Faisal yang difailkan pada Mei 2021 oleh pengurusan baharu syarikat tersebut.

Plaintif menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian RM42 juta yang dialami syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanah, serta menuntut bayaran balik jumlah tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dijadualkan bersambung pada 24 September ini untuk penghujahan seterusnya.

Berita berkaitan
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Kes solar: Mahkamah benarkan Rosmah kemuka keterangan baharu
September 1, 2026· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
August 19, 2026· Isu semasa
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
August 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok