Wee Meng Chee atau Namewee.
Pengarah filem dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, telah direman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui mati di sebuah hotel mewah di ibu negara baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, pihaknya akan memohon perintah reman terhadap Namewee pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
“Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini di IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Namewee dilaporkan menyerah diri di balai polis berkenaan malam tadi selepas pulang dari Johor Bahru.
Sebelum ini, melalui hantaran di Facebook, Namewee memaklumkan hasratnya untuk bekerjasama dengan pihak polis.
Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis, seterusnya saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.
Beliau turut menegaskan komitmennya untuk tidak melarikan diri.
“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya lagi.
Kematian pempengaruh wanita berusia 31 tahun itu yang ditemui dalam bilik air hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu masih disiasat secara menyeluruh.
Pihak polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk menahan Namewee yang dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kejadian.
Siasatan berterusan bagi mengenal pasti punca kematian dan memastikan tiada unsur jenayah terlibat.
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
Kerajaan belanja RM2 bilion sebulan untuk kekalkan harga RON95: Anwar
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan