Wee Meng Chee atau Namewee.
Tempoh reman terhadap penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, telah dilanjutkan selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita dari Taiwan, Hsieh Yun Hsin.
Peguamnya, Joshua Tay, mengesahkan pihak mahkamah telah meluluskan permohonan polis untuk melanjutkan reman sehingga Khamis ini.
“Kami membantah tambahan reman, namun selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, majistret memutuskan untuk melanjutkan tempoh reman selama tiga hari lagi,” katanya dipetik laporan.
Menurut Tay, lanjutan reman itu dibuat atas alasan siasatan kes berkenaan masih belum selesai dan memaklumkan anak guamnya berada dalam keadaan baik.
“Buat masa ini siasatan sedang berjalan mengikut prosedur. Anak guam saya berada dalam keadaan baik, sihat dan bersemangat,” ulas beliau lagi.
Namewee, yang merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum mayatnya ditemui dalam tab mandi sebuah hotel mewah di ibu negara pada 22 Oktober lalu, telah menyerahkan diri kepada pihak polis minggu lepas.
Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu untuk kes bunuh.
Pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi menentukan punca sebenar kematian wanita berusia 33 tahun itu.
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum