UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi yang dipengerusikan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi pada 13 Ogos 2025.
UMNO akan menghantar nota bantahan kepada semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang merancang atau telah menerima ahli-ahli UMNO untuk menyertai parti mereka.
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantahan tersebut sebagai amaran keras kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.
Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengesahkan permohonannya menyertai PKR telah diluluskan, dan beliau kini merupakan ahli PKR Cabang Ampang.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, turut mengesahkan permohonan Tengku Zafrul sudah diluluskan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 26 Julai lalu.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata MT UMNO turut melahirkan rasa kecewa dengan pengendalian kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang dianggap lemah dan tidak mematuhi prosedur serta SOP yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh itu, UMNO menyokong penuh keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menjalankan inkues penuh bagi menentukan punca kematian Zara Qairina, termasuk sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.
“Kami berharap proses inkuis ini akan dilaksanakan secara adil, bebas, dan telus mengikut peruntukan undang-undang demi mendapatkan keadilan untuk arwah,” katanya.
Mengenai isu pengibaran Jalur Gemilang, Asyraf Wajdi menegaskan UMNO menggesa tindakan tegas dan pendakwaan ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan dalam pemasangan atau pengibaran bendera kebangsaan itu, tanpa mengira alasan yang diberikan.
“UMNO amat serius dengan kesalahan berulang dalam isu ini kerana Jalur Gemilang adalah lambang maruah dan kedaulatan negara,” jelasnya.
Selain itu, Asyraf Wajdi berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengenai kes titah adendum Najib Razak memberikan kelegaan dalam usaha mendapatkan keadilan untuk bekas perdana menteri itu.
“UMNO akan terus berusaha melalui semua saluran yang ada untuk membela Najib,” tegasnya.
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang