Nurul Izzah menziarahi Noraidah Lamat iaitu ibu Zara Qairina Mahathir di Kota Kinabalu, Sabah hari ini. - Kredit: FB Nurul Izzah
Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tragedi kematian Zara Qairina Mahathir berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan perbezaan politik.
Beliau bertekad akan terus memperjuangkan keadilan untuk Zara sehingga pihak yang bertanggungjawab dihukum setimpal dan sistem pendidikan yang lebih selamat dapat diwujudkan.
“Setiap anak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat, bebas dari ketakutan dan ancaman. Ini tanggungjawab kita bersama untuk memastikan tragedi seperti ini tidak berulang,” katanya melalui hantaran Facebook hari ini.
Nurul Izzah mengikuti perkembangan terkini kes ini melalui pengumuman Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Peguam Negara.
Beliau berkongsi pengalaman bertemu ibu Zara, Noraidah Lamat, setelah dua minggu menunggu kerana keluarga memerlukan masa untuk bersedia.
“Sebagai seorang ibu, saya benar-benar memahami kesedihan yang dialami ibu Zara. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya pergi untuk tidak kembali,” katanya dengan penuh simpati.
Nurul Izzah memuji peribadi Zara yang digambarkan sebagai seorang pelajar sopan, berakhlak mulia dan kuat pegangan agamanya.
“Zara adalah anak kita semua. Marilah kita terus berdoa, berusaha dan bertawakal agar keadilan ditegakkan dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” pesannya.
Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di SMKA Tun Mustapha, Papar pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Kes ini terus mendapat perhatian nasional dengan tuntutan #JusticeForZara yang semakin meluas.
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen