ONSA: Dua kod baharu diperkenal lindungi kanak-kanak dalam talian

May 22, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak daripada ancaman digital dan kandungan memudaratkan.

Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) itu diterbitkan selepas sesi libat urus bersama pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan termasuk rundingan awam yang berlangsung dari 12 Februari hingga 31 Mac lalu.

MCMC dalam kenyataannya berkata, kedua-dua kod tersebut merupakan langkah penting kerajaan untuk memastikan pengalaman digital yang lebih selamat khususnya kepada kanak-kanak dan keluarga.

“Pelaksanaan obligasi utama di bawah ONSA ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pengalaman digital yang lebih selamat bagi kanak-kanak dan keluarga,” menurut kenyataan itu hari ini.

CPC memberi penekanan kepada konsep “safety by design” dengan mewajibkan penyedia perkhidmatan dalam talian menyediakan perlindungan mengikut umur serta mengehadkan fungsi tertentu yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko eksploitasi dan kandungan berbahaya.

Antara langkah yang diperkenalkan termasuk sekatan terhadap pendaftaran dan pemilikan akaun oleh pengguna berumur bawah 16 tahun.

Sementara itu, RMC pula mengkehendaki penyedia platform melaksanakan langkah lebih proaktif bagi mengurangkan risiko kandungan memudaratkan seperti penilaian risiko, sistem pelaporan lebih berkesan, tadbir urus kandungan lebih ketat serta pengesahan pengiklan dan pelabelan kandungan yang dimanipulasi.

MCMC berkata pendekatan pelaksanaan kod itu bersifat fleksibel dan berasaskan hasil bagi membolehkan syarikat teknologi menyesuaikan langkah keselamatan dengan keperluan privasi dan perundangan masing-masing.

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 diperkenalkan susulan peningkatan kebimbangan terhadap jenayah siber, buli dalam talian dan pendedahan kanak-kanak kepada kandungan tidak sesuai di platform digital.

Kerajaan sebelum ini menegaskan perlunya platform media sosial dan penyedia perkhidmatan digital memainkan peranan lebih besar dalam melindungi pengguna rentan.

CPC dan RMC akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun depan, dengan tempoh pelaksanaan diberikan kepada penyedia perkhidmatan untuk menyesuaikan sistem serta proses pematuhan masing-masing.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
3 jam lalu· Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
19 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
20 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok