Padah guna logo TV3 kongsi berita palsu, wanita didenda RM4,000

May 18, 2026 · Isu semasa

Seorang pembantu tadbir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan palsu berkaitan harga petrol dan diesel menggunakan logo Buletin TV3 di aplikasi Threads, tahun lalu.

Nur Irsalina Omar Kumar, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan akaun Threads “@its.ellsaleena_” untuk memuat naik kenyataan palsu mengenai harga bahan api dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kandungan itu memaparkan infografik harga petrol dan diesel menggunakan logo Buletin TV3 sehingga dipercayai sebagai berita rasmi, sebelum dinafikan oleh stesen televisyen berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 31 Mac 2024 dan kandungan tersebut dikesan pada malam hari sama di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.

Pendakwaan memohon hukuman tegas dikenakan atas alasan penyebaran maklumat palsu berkaitan harga bahan api boleh mencetuskan kegusaran awam dan panik dalam kalangan masyarakat.

“Tertuduh menyebarkan kandungan palsu yang melibatkan kepentingan awam dan isu sensitif berkaitan kos sara hidup,” kata pihak pendakwaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Nur Irsalina yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan hanya memperoleh pendapatan RM2,800 sebulan selain menanggung keluarganya.

Menurutnya, kandungan itu diterima daripada kenalan menerusi WhatsApp sebelum dimuat naik semula dan dipadamkan tidak lama kemudian.

“Saya menanggung bapa yang OKU dan tidak bekerja, ibu, datuk yang uzur serta adik yang baru terlibat kemalangan,” katanya ketika merayu di hadapan mahkamah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa mempergiat tindakan terhadap penyebaran berita palsu di media sosial, terutama melibatkan isu sensitif seperti harga barang, kaum dan agama yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

 

Berita berkaitan
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
10 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
10 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
15 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok