Papagomo diarah bela diri dalam kes hasutan terhadap Agong

September 24, 2025 · Uncategorized

Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, diarah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk membela diri atas pertuduhan melakukan hasutan yang didakwa mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan tersebut setelah berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman, mengemukakan kes pendakwaan yang menyaksikan sembilan saksi memberi keterangan sejak perbicaraan bermula Oktober tahun lalu.

Peguambelanya, Muhammad Rafique Rashid Ali, memaklumkan mahkamah pihak pembelaan akan memanggil hanya seorang saksi, iaitu tertuduh sendiri, ketika prosiding membela diri nanti.

“Mahkamah menetapkan 4 November ini untuk klien saya memberi keterangan,” jelas Muhammad Rafique.

Wan Muhammad Azri, yang juga bekas exco Pemuda UMNO, mengaku tidak bersalah pada 2 Mei 2024.

Dia didakwa menerbitkan kandungan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di akaun X (dahulu Twitter) miliknya. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang pada 29 April tahun lepas.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Berita berkaitan
Kes hasutan: Papagomo dibebaskan selepas direman sehari
October 26, 2025· Politik
MCMC dan Maktab PDRM lancar kursus khas bersama perkasa pertahanan siber negara
October 25, 2025· Isu semasa
Ewon hadir ke mesyuarat Kabinet, masih kekal menteri
October 24, 2025· Uncategorized
Remaja 12 tahun antara 31 individu ditahan dalam Ops Pedo Bersepadu 2.0
October 24, 2025· Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok