Remaja 12 tahun antara 31 individu ditahan dalam Ops Pedo Bersepadu 2.0

October 24, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 31 individu, termasuk enam remaja bawah umur serendah 12 tahun, telah ditahan dalam satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan pengedaran dan pemilikan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Operasi khas ‘Ops Pedo Bersepadu 2.0’ yang dijalankan secara serentak di 37 lokasi seluruh negara dari 20 hingga 30 September lalu itu merupakan usaha bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata operasi itu membabitkan 30 rakyat tempatan dan seorang warga asing berusia antara 12 hingga 71 tahun.

“Mereka merangkumi individu daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, guru, jurutera, pereka grafik dan penganggur. Kesemua yang ditahan adalah lelaki,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Mohd Khalid, serbuan itu berjaya merampas 82 peranti digital termasuk komputer, telefon bimbit dan storan digital.

“Pemeriksaan awal menemui lebih 880,000 fail digital mengandungi bahan CSAM dan pornografi dewasa. Jumlah ini menunjukkan peningkatan lebih 20 kali ganda berbanding Op Pedo 1.0 yang hanya merekodkan 40,000 fail,” katanya.

Beliau turut mendedahkan siasatan mendapati suspek mengakses dan memuat turun bahan lucah tersebut melalui pelbagai aplikasi media sosial.

“Suspek mengakses bahan ini melalui aplikasi seperti Telegram, WhatsApp, Facebook dan juga laman gelap. Ada antara mereka menawarkan akses berbayar menggunakan transaksi e-dompet dan kod QR,” jelasnya lagi.

Sehingga kini, sebanyak 29 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Kanun Keseksaan.

“Seramai 17 suspek telah didakwa di mahkamah, dengan 15 individu mengaku bersalah dan dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000,” tambahnya.

Operasi ini membuktikan komitmen berterusan PDRM dalam memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat di ruang siber.

Berita berkaitan
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
6 jam lalu· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming
July 21, 2026· Isu semasa
IRC 2026 perkukuh agenda digital selamat Malaysia: MCMC
July 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
2 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
16 jam lalu · Isu semasa
Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok