Papagomo didakwa lagi sebarkan berita palsu dakwa 11 MP tarik sokongan

December 1, 2025 · Politik

Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu.

Wan Muhammad Azri atau dikenali Papagomo didakwa memuat naik hantaran yang mengaitkan 11 Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan kepada Perdana Menteri pada Mei lalu.

Tuduhan dibaca di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dengan tertuduh mengaku tidak bersalah.

Bekas exco Pemuda UMNO itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana menggunakan akaun Facebook ‘Muhammad Azri’ bagi tujuan tersebut pada pukul 7.32 malam, 28 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Hadni Khairuddin, memohon ikat jamin ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam tertuduh, Muhammad Rafique Rashid Ali, memohon pertimbangan.

“Kami memohon jaminan yang lebih rendah memandangkan anak guam telah memberi kerjasama penuh semasa siasatan, dan mengambil kira tanggungannya yang mempunyai enam orang anak, termasuk seorang yang menghidap autisme,” hujah Rafique.

Hakim Ahmad Fuad kemudian menetapkan ikat jamin pada RM5,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 7 Januari depan untuk prosedur serahan dokumen.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.

Peguam Rafique, ketika ditemui di luar mahkamah, mendedahkan tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 27 hingga 30 April tahun depan.

“Pihak kami difahamkan bahawa pendakwaan akan memanggil beberapa Ahli Parlimen yang terlibat untuk memberi keterangan dalam perbicaraan nanti,” katanya.

Berita berkaitan
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026· Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
1 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok