Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes

September 19, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, masih diteruskan dan tiada perubahan terhadap status kes berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata setiap kes disiasat berdasarkan isu serta aduan yang diterima dan tidak boleh disamakan antara satu sama lain.

Menurutnya, kes yang masih dalam siasatan akan kekal pada status sedia ada sehingga terdapat perkara baharu yang memerlukan tindakan lanjut.

“Kita kena faham, sesuatu kes itu berbeza antara satu kes dengan satu kes yang lain. Tidak boleh satu kes itu sama dengan kes yang lain.

“Dalam erti kata lain, penyiasatan itu adalah menjurus kepada apa yang disiasat terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan atau sesuatu aduan yang dilakukan,” katanya selepas menghadiri satu program SPRM di Kajang, hari ini.

Beliau turut menegaskan status kes yang masih belum selesai tidak berubah hanya disebabkan perkembangan lain berkaitan individu yang disiasat.

“Kes-kes yang masih lagi pending itu masih lagi kekal begitulah. Kalau ada sesuatu perkara yang SPRM fikirkan perlu dilakukan, status quo kekal,” katanya.

Perkembangan itu hadir sehari selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib, membolehkan beliau menjalani baki hukuman bagi kes SRC International secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat ditetapkan.

Bagaimanapun, Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, menjelaskan pengampunan bersyarat itu hanya terpakai terhadap hukuman penjara bagi kes SRC International.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dalam kes SRC International membabitkan dana RM42 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan 1MDB terus menjadi antara kes besar yang dikendalikan SPRM, termasuk aspek aliran dana dan isu berkaitan pengurusan serta urus niaga syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Berita berkaitan
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
September 20, 2026· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
19 jam lalu· Politik
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026 · Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026 · Politik
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026 · Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026 · Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok