Parlimen: Guan Eng persoal tiada tindakan terhadap Akmal dalam isu sekolah vernakular

October 14, 2025 · Politik

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan tiada siasatan dijalankan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, berhubung kenyataannya yang mencadangkan penghapusan sekolah vernakular.

Dalam soalan di Parlimen kepada Saifuddin, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan pihak berkuasa terhadap Akmal berhubung kenyataan dikeluarkannya melibatkan isu sekolah vernakular.

“Berhubung kenyataan Ketua Pemuda UMNO yang mencadangkan penghapusan sekolah vernakular, hasil semakan PDRM mendapati setakat ini tiada laporan diterima ke atas kenyataan tersebut,” jelas Saifuddin dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Isu ini tercetus ekoran kenyataan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Tan Yi Ze, pada 12 September lalu yang mencadangkan pemansuhan sistem matrikulasi dan penggunaan STPM sebagai satu-satunya syarat kemasukan ke universiti awam.

Sebagai tindak balas, Akmal membalas dengan kenyataan menyoal sama ada Umany juga bersetuju sekiranya sekolah vernakular turut dimansuhkan.

“Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan STPM syarat tunggal masuk universiti, maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja?” kata Akmal sebelum ini.

Berbeza dengan kes Akmal, Saifuddin memaklumkan Yi Ze sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berikutan laporan polis yang dibuat terhadap kenyataannya.

“Setakat ini, seramai 17 orang saksi telah dirakam percakapan,” tambahnya.

Perbezaan tindakan ini menimbulkan tanda tanya, malah Guan Eng secara tidak langsung mempersoalkan konsistensi penguatkuasaan undang-undang berhubung kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok