PAS jangan berlagak ‘juara moral’, masa bila LGBT diiktiraf? AMK bidas Afnan

July 20, 2025 · Politik

Kenyataan oleh Pemuda PAS disanggah Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disifatkan dangkal dan tidak berfakta kerana cuba mencipta persepsi dalam isu amalan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mungkin membenarkan gejala songsang seperti LGBT daripada bertapak dalam negara, malah tidak akan pernah diiktiraf sama sekali.

“Malaysia adalah sebuah negara berteraskan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, dan mana mungkin kerajaan perpaduan pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ‘lampu hijau’ kepada amalan songsang ini.

“Sejak bila negera kita membenarkan LGBT? Golongan ini tidak pernah diiktiraf dalam apa-apa dasar kerajaan. Malah, undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan (Seksyen 377A dan 377B) jelas memperuntukkan hukuman bagi perbuatan liwat dan hubungan sejenis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Danish berkata PAS tidak perlu berlagak untuk menjadi ‘juara moral’ apabila negeri yang ditadbir mereka sendiri merekodkan kes gejala songsang yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“PAS seolah-olah cuba menjadi ‘juara moral’ dengan memainkan isu LGBT sedangkan negeri-negeri yang ditadbir mereka sendiri merekodkan angka kes LGBT yang tinggi.

“Menurut laporan dan kajian NGO serta data tidak rasmi, Kelantan dan Terengganu sering menjadi negeri dengan kes pembuangan bayi, gejala sosial, dan bahkan kes penderaan seksual yang membimbangkan,” ujarnya.

Danish turut menasihati Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang lantang membangkitkan isu LGBT untuk menjaga rumah mereka sendiri yang terpalit dengan banyak kes gejala sosial seperti dilaporkan media baru-baru ini.

“Jika Pemuda PAS benar-benar serius, mengapa negeri mereka sendiri masalah sosial tidak pernah surut?

“Mengapa masalah penagihan dadah di Kelantan yang diakui sendiri oleh Ketua Pemuda PAS masih di tangga teratas negara?” ujarnya.

Malah, Danish berkata kerajaan dipimpin Anwar tidak pernah tunduk kepada telunjuk agenda liberal ekstrem yang tidak selari dengan sosial dan budaya masyarakat Malaysia.

“Perdana Menteri telah berulang kali menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada agenda liberal ekstrem yang bertentangan dengan syariat dan budaya kita.

“Hak asasi manusia tidak bermaksud mengiktiraf perbuatan yang jelas bercanggah dengan hukum agama dan nilai kemanusiaan,” tegasnya.

PAS juga digesa Danish supaya lebih mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan menggunakan isu untuk meraih populariti politik semata-mata.

“AMK mengigatkan PAS usah menangguk di air yang keruh dengan retorik murah untuk meraih populariti politik.

“Fokuslah pada penyelesaian masalah sebenar rakyat, termasuk isu kemiskinan, pendidikan, dan penagihan dadah di negeri-negeri yang ditadbir mereka, daripada terus bermain isu sensasi yang sudah jelas pendiriannya,” ujarnya.

Terdahulu, Afnan membuat gesaan kepada Anwar supaya mengisytiharkan secara terbuka bahawa amalan LGBTQ diharamkan di Malaysia dari sudut pandangan Islam.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
13 jam lalu· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
13 jam lalu· Politik
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
13 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
13 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
13 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
18 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
18 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok