PAS mahu ganti Ketua Pembangkang, tapi ada kumpulan mahu Hamzah kekal: Laporan

February 24, 2026 · Politik

PAS dilaporkan berdepan tekanan dalaman susulan dakwaan wujud gerakan tertentu yang mahu mengekalkan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang, walaupun keputusan rasmi Perikatan Nasional (PN) menetapkan jawatan itu perlu dipegang wakil PAS.

Menurut sumber dalam gabungan berkenaan, terdapat usaha mengumpul sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang bagi memastikan Hamzah terus mengetuai blok pembangkang di Dewan Rakyat meskipun sudah dipecat Parti Bersatu.

Seorang Ahli Parlimen PN yang enggan dinamakan mengakui wujud usaha tersebut, namun menegaskan ia bukan pendirian rasmi parti.

“Memang ada usaha mengutip sokongan untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang. Tetapi ini digerakkan oleh individu tertentu dan tidak mewakili keputusan rasmi,” katanya menurut laporan dipetik portal SuaraTV.

Sumber sama memaklumkan kepimpinan tertinggi PAS tidak merestui langkah berkenaan.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dikatakan berpegang kepada keputusan jawatan itu perlu disandang wakil PAS selaras dengan kedudukan parti itu sebagai blok terbesar dalam kalangan pembangkang.

“Pendirian Presiden jelas, jawatan tersebut hak PAS berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi PN. Usaha lain tidak mencerminkan pendirian parti,” kata sumber itu lagi.

Ahad lalu, mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN memutuskan PAS akan memegang jawatan Ketua Pembangkang, namun nama calon masih belum diumumkan.

Kemelut ini tercetus selepas Hamzah dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu, sekali gus menjadikan beliau Ahli Parlimen Bebas.

Perkembangan itu menimbulkan persoalan sama ada beliau wajar terus memegang jawatan berkenaan, memandangkan tradisinya Ketua Pembangkang dilantik daripada parti terbesar dalam blok pembangkang.

Sumber dalaman Bersatu pula menegaskan parti itu menolak sebarang usaha mengekalkan Hamzah.

“Pendirian kami jelas. Jawatan Ketua Pembangkang perlu mencerminkan struktur rasmi parti dalam PN,” katanya.

Berita berkaitan
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu· Politik
Perpecahan pembangkang kerana berebut kuasa, tiada kaitan dengan PMX: Kamil Munim
June 11, 2026· Politik
Hadi sahkan PAS cerai Bersatu kerana halang kumpulan Hamzah sertai PN
June 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok