PAS pecat tiga ADUN Perlis, PRK bakal diadakan?

December 25, 2025 · Politik

PAS mengambil tindakan memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang didakwa menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Keputusan pemecatan tersebut sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik negeri dan membuka kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di negeri terkecil utara tanahair.

Dalam kenyataan media, PAS Pusat memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada Rabu memutuskan keahlian tiga wakil rakyat itu ditamatkan serta-merta mengikut peruntukan Perlembagaan PAS yang dipinda pada 2025.

Tindakan tersebut dibuat berasaskan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b), tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman dari Chuping, Fakhrul Anwar Ismail dari Bintong dan Mohd Ridzuan Hashim dari Guar Sanji.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi keperluan undang-undang berkaitan status kerusi wakil rakyat yang terhenti keahlian parti.

PAS menegaskan langkah itu diambil bagi menjaga disiplin parti dan kestabilan pentadbiran negeri.

“PAS tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang bercanggah dengan prinsip perjuangan dan keputusan parti,” menurut kenyataan tersebut.

Perkembangan itu berlaku ketika Perlis berdepan krisis politik susulan laporan bahawa lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan akuan bersumpah menarik sokongan terhadap Menteri Besar.

Daripada jumlah itu, lima ADUN dilaporkan daripada Bersatu manakala tiga daripada PAS.

Pada Pilihan Raya Umum Negeri lalu, PN menguasai 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dengan PAS memenangi sembilan kerusi dan Bersatu lima. Kemenangan besar itu sebelum ini dilihat sebagai jaminan kestabilan kerajaan negeri.

Namun, tindakan memecat tiga ADUN tersebut kini mengubah landskap politik negeri.

Pemerhati politik berpendapat sekiranya kerusi berkenaan diisytiharkan kosong, PRK berkemungkinan diadakan dan bakal menjadi ujian penting terhadap tahap sokongan rakyat Perlis kepada PN.

Kenyataan media PAS itu ditandatangani oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bertarikh 24 Disember 2025.

 

Berita berkaitan
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
September 24, 2026· Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
6 jam lalu· Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
September 23, 2026· Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
6 jam lalu · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
6 jam lalu · Politik
Semua kegiatan PN digantung selepas terima aduan Bersatu: RoS
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
22 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok