PAS tak lihat isu peletakan jawatan dalam PN akan beri kesan besar: Fadhli

January 1, 2026 · Politik

PAS menyifatkan gelombang peletakan jawatan yang melanda Perikatan Nasional (PN) sejak Selasa lalu tidak sebesar seperti yang digambarkan, meskipun melibatkan jawatan tertinggi gabungan itu di peringkat pusat dan negeri.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata situasi tersebut tidak menjejaskan struktur di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), malah kebanyakan kepimpinan masih kekal menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, ramai pengerusi PN di peringkat negeri dan kawasan masih memegang mandat serta menunggu arahan daripada pengerusi baharu.

“Ribut yang diperkatakan itu tidak berlaku di peringkat akar umbi. Jentera masih berfungsi dan kepimpinan di banyak tempat kekal stabil.

“Insya-Allah, PN akan terus mara ke depan dengan semangat baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kelmarin, Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN selepas lima tahun menerajui gabungan itu, berkuat kuasa hari ini.

Keputusan tersebut dibuat susulan krisis politik di Perlis yang tercetus apabila lapan ADUN daripada PAS dan Bersatu dilaporkan menyerahkan akuan bersumpah kepada pihak istana bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli.

Susulan pengunduran Muhyiddin, beberapa pemimpin Bersatu turut meletakkan jawatan dalam PN, termasuk Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PN Perak, Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor serta Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pemerhati politik berpandangan PN berdepan risiko perpecahan sama ada secara terbuka atau melalui kerjasama yang semakin longgar di peringkat negeri.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
8 jam lalu· Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
11 jam lalu· Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
12 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
8 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
12 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
13 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
13 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok