Pejabat baharu NSRC bantu mangsa scam beroperasi bulan depan: Fahmi

December 22, 2025 · Isu semasa

Pejabat baharu Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dijangka mula beroperasi secara rasmi bulan depan, sekali gus memperkukuh keupayaan kerajaan menangani penipuan dalam talian dan menyelamatkan wang mangsa dengan lebih pantas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pejabat baharu yang terletak di Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Januari 2026.

Menurutnya, pemindahan operasi NSRC daripada Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia ke lokasi baharu membolehkan sistem kerja yang lebih cekap dan bersepadu.

“Pemindahan ini membolehkan NSRC beroperasi dengan lebih pantas, 24 jam sehari, dan disokong oleh jumlah petugas yang lebih ramai,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Beliau menjelaskan, ketika mula dilancarkan pada Oktober 2022, NSRC yang boleh dihubungi melalui talian 997 beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam dan menerima sekitar 300 hingga 400 panggilan sehari.

Namun, sejak berpindah ke Menara 2 MCMC pada 17 November lalu, NSRC kini menerima antara 500 hingga 700 panggilan setiap hari.

Menurut Fahmi, peningkatan jumlah panggilan itu menunjukkan NSRC semakin dikenali sebagai saluran utama rakyat untuk mendapatkan bantuan segera bagi mengelakkan kerugian kewangan yang lebih besar akibat penipuan dalam talian.

Beliau turut menasihati mangsa supaya membuat laporan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas kejadian.

“Lebih cepat laporan dibuat, lebih tinggi peluang untuk menyelamatkan wang yang telah dipindahkan. Kelewatan boleh menyukarkan proses ini,” katanya.

NSRC yang berada di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri akan terus diperkasa melalui kerjasama rapat antara Polis Diraja Malaysia dan bank-bank komersial yang kini ditempatkan bersama di pusat operasi baharu itu.

Fahmi menegaskan kerajaan tidak membezakan jenis mangsa penipuan.

“Semua bentuk penipuan adalah jenayah, tidak kira bagaimana ia berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa undang-undang berkaitan turut dipinda bagi memperjelaskan takrif penipuan dan memastikan penguatkuasaan lebih tegas.

 

Berita berkaitan
ONSA beri tumpuan kepada pencegahan buli siber dan penipuan dalam talian
November 26, 2026· Rencana
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
19 jam lalu· Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok