Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan seorang pegawai kanannya memiliki banglo mewah bernilai RM3 juta dan menikmati gaya hidup mewah, dengan menyifatkan tuduhan itu berniat jahat dan berbaur politik.
Dalam satu kenyataan, pejabat MB Selangor membidas kenyataan yang disebarkan melalui sebuah kumpulan WhatsApp semasa Menteri Besar, Amirudin Shari, membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri pada Jumaat lalu sebagai fitnah yang nyata.
“Dakwaan liar ini adalah tidak berasas, menyeleweng daripada fakta sebenar, dan jelas bertujuan jahat. Ia direka untuk menjejaskan fokus kerajaan negeri yang sedang giat melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat,” kata kenyataan itu.
Pejabat MB turut mengesahkan pegawai yang dituduh akan membuat laporan polis berhubung tuduhan n itu.
Tindakan ini diambil bagi membuktikan ketelusan dan komitmen mereka dalam memerangi penyebaran berita palsu.
“Laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa. Ini adalah langkah bertanggungjawab bagi memastikan kita semua dapat menumpukan perhatian kepada agenda sebenar, iaitu membangunkan negeri dan memartabatkan rakyat, bukannya terpalit dengan politik persepsi yang tidak matang dan berniat jahat,” menurut kenyataan itu lagi.
Dakwaan tersebut mula tular hasil daripada laporan sebuah portal berita yang memetik sumber tidak dikenal pasti dari kumpulan WhatsApp ‘MB Selangor’.
Kumpulan itu dikendalikan oleh seorang pentadbir misteri yang menggunakan nama ‘Madani’ dan turut dianggotai oleh beberapa ADUN serta wartawan.
Dengan penafian rasmi ini, kerajaan negeri Selangor jelas mengambil pendirian tegas terhadap sebarang bentuk fitnah yang boleh mengganggu tumpuan dan kredibiliti pentadbiran semasa.
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri