Pelaburan asing masuk ke Malaysia cecah rekod RM426.7 bilion: Zafrul

March 11, 2026 · Isu semasa

Malaysia mencatat rekod baharu apabila jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2025 mencecah RM426.7 bilion, tertinggi dalam sejarah negara, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi tempatan.

Bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 8,400 projek pelaburan yang dijangka mewujudkan hampir 245,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Tahu tak berapa banyak pelaburan masuk ke Malaysia pada 2025? RM426.7 bilion. Ini yang tertinggi dalam sejarah negara,” katanya ketika berkongsi perkembangan ekonomi negara.

Menurut beliau, pertumbuhan pelaburan itu berlaku ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi global termasuk perang dagang, sekatan teknologi serta ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

“Dalam dunia yang makin tidak menentu, pelabur sebenarnya mencari negara yang stabil dan jelas arah tuju ekonominya,” katanya.

Beliau berkongsi perkara itu ketika menghadiri sesi perbincangan kepimpinan serantau di Tokyo International Conference, yang menghimpunkan pemimpin industri dan pembuat dasar dari pelbagai negara Asia.

Zafrul ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri juga berkata kemasukan pelaburan adalah pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Bila pelaburan masuk, ekonomi berkembang. Bila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan untuk rakyat pun bertambah,” katanya.

Malaysia sememangnya dikenali sebagai ekonomi terbuka yang sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.

Pada tahun 2025 sahaja, jumlah dagangan negara dilaporkan mencecah RM3.061 trilion, mencerminkan peranan penting sektor eksport dan import dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi, terutama dalam sektor teknologi tinggi, ekonomi digital, pembuatan maju serta tenaga bersih.

Langkah ini dilihat penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam rantaian bekalan global.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
17 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
19 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
22 jam lalu· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
17 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
22 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok