Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan

May 29, 2026 · Isu semasa

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas dipercayai membekalkan vape mengandungi bahan dikenali sebagai ‘mushroom’ kepada teman wanitanya yang berusia 14 tahun.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata remaja berusia 17 tahun itu ditahan semalam sebelum dibawa ke mahkamah dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, polis kini sedang mengesan sumber bekalan vape terbabit yang dipercayai diperoleh suspek sebelum diberikan kepada mangsa.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti dari mana suspek mendapatkan bekalan vape mushroom tersebut. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya dipetik laporan media.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dipercayai melibatkan unsur pengabaian terhadap kanak-kanak, selain turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan dipercayai berada di bawah pengaruh vape jenis ‘mushroom’ bertindak mencederakan dirinya selepas dihalang ibu angkat daripada bertemu teman lelakinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.33 malam Ahad lalu di sebuah rumah di kawasan Jonker Walk, mangsa dikatakan menggelar leher dan pergelangan tangannya kerana berang dengan tindakan ibu angkatnya.

Remaja terbabit kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Berita berkaitan
Projek30% puji langkah PKR ketengah calon wanita di PRN Melaka, cadang kuota diwajibkan
1 jam lalu· Politik
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
1 jam lalu· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
1 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: 189 borang penamaan calon dibeli, 45 calon bayar deposit
5 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
October 30, 2026 · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
1 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
7 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok