Pelawat antarabangsa cecah 17.5 juta, sektor pelancongan Malaysia terus kukuh

July 8, 2026 · Isu semasa

Malaysia merekodkan 17.5 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, meningkat 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu walaupun industri pelancongan dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata pertumbuhan itu dipacu permintaan kukuh daripada pasaran utama ASEAN, China, Jepun, Australia, Taiwan dan Hong Kong, selain pasaran baharu dari Asia Tengah termasuk Uzbekistan, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Beliau berkata konflik di Asia Barat memberi kesan kepada sentimen perjalanan antarabangsa, namun Malaysia masih berjaya mengekalkan momentum positif.

“Jika tidak berlaku peperangan di Asia Barat, kita sebenarnya boleh menyasarkan pertumbuhan yang lebih tinggi. Namun, peningkatan 3.4 peratus ini menunjukkan industri pelancongan negara masih kekal berdaya tahan,” katanya selepas majlis pemeteraian Memorandum Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan Tripadvisor hari ini.

Memorandum itu dimeterai bersama Pengarah Enterprise Sales Asia Pasifik Tripadvisor, Scott Wegener, bagi memperkukuh promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kerjasama selama dua tahun hingga penghujung 2027 itu memberi peluang kepada Tourism Malaysia menggunakan data prestasi dan cerapan perjalanan Tripadvisor untuk memperkemas strategi pemasaran berasaskan data.

Ia juga membuka ruang kepada kempen penjenamaan bersama, inovasi digital serta program pengiktirafan kecemerlangan industri pelancongan tempatan.

Mohd Amirul Rizal berkata Tourism Malaysia kini memberi fokus lebih besar kepada pasaran serantau dan pasaran berpotensi tinggi seperti China, Jepun, Hong Kong, Taiwan serta Korea Selatan.

Pada masa sama, katanya, Tourism Malaysia terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memperluas laluan baharu ke Malaysia dan meningkatkan kapasiti penerbangan dari pasaran sasaran.

“Malah di peringkat domestik, kita terus mempergiat produk pelancongan dengan menukar kandungan pakej untuk memastikan produk kita mampu menarik pelancong melancong dalam negara,” katanya.

Malaysia memasuki Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran menarik lebih ramai pelancong asing menerusi promosi pelancongan berasaskan pengalaman, makanan, alam semula jadi, budaya dan destinasi pulau.

Pada majlis sama, Malaysia menerima tiga pengiktirafan Tripadvisor Travellers’ Choice Best of the Best Awards 2026.

Kuala Lumpur disenaraikan antara destinasi makanan terbaik di Asia, Menara Berkembar Petronas diiktiraf antara tarikan pelancongan terbaik di Asia, manakala Pantai Cenang tersenarai antara pantai terbaik di rantau ini.

Mohd Amirul Rizal berkata pengiktirafan tersebut mencerminkan kekuatan produk pelancongan negara dan membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran pelancongan antarabangsa.

Berita berkaitan
DAP sifatkan Festival Bukit Bintang berjaya bantu peniaga kecil: Guan Eng
May 5, 2026· Isu semasa
Konsert dan festival lonjak sektor pelancongan, DAPSY jawab Akmal persoal pesta air
May 4, 2026· Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
May 1, 2026· Politik
Bekas setiausaha Menteri Pelancongan dihukum penjara, denda RM8.8 juta
November 20, 2025· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
5 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
5 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok