Peletakan jawatan Shamsul bukti kerajaan ada integriti: PMX

November 27, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan setiausaha politik kanannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan susulan terkait dakwaan rasuah, membuktikan kerajaan mengamalkan tahap integriti yang tinggi.

Perdana Menteri berkata tindakan Shamsul Iskandar meletakkan jawatannya itu adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini.

“Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Mana ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat. Barulah kita ada integriti.

“Dulu, kalau Perdana Menteri disiasat, menantu lari ke luar negara. Nak cakap soal integriti, integriti apa itu?” kata Anwar ketika sesi townhall pada program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam di Kota Kinabalu.

Anwar berkata beliau sentiasa menitipkan pesanan kepada semua petugasnya untuk mengambil tanggungjawab sekiranya didapati terlibat dalam sebarang salah laku yang mencemarkan integriti.

“Saya pesan kepada staf saya, jika didapati bersalah, kamu perlu menanggung padahnya, siasatan menyeluruh, bawa ke mahkamah, baru betul kita jaga negara ini,” kata beliau.

Anwar turut menegaskan untuk memastikan Malaysia mencapai status sebuah negara yang berjaya, asasnya perlu bermula dengan tatakelola pemerintahan yang baik.

Pada Selasa lalu, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha politik kanan perdana menteri, berikutan terdapat percubaan untuk menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan perpaduan.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
7 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
9 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
11 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
September 22, 2026 · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
September 22, 2026 · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026 · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
7 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok