Pemandu bas ada 13 saman kesalahan memandu laju: Polis

June 10, 2025 · Isu semasa

Pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlibat dalam kemalangan maut memiliki 13 saman atas kesalahan memandu laju.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri, sebanyak 18 saman dikeluarkan terhadap pemandu bas tersebut sebelum ini.

Beliau berkata, tiga kesalahan lain yang dikenakan saman adalah tidak memakai tali pinggang keledar, manakala satu kesalahan lain masing-masing iaitu tiada lampu brek ketiga dan terlibat dalam kemalangan.

“Siasatan juga mendapati bas terbabit turut mempunyai rekod sebanyak 21 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.

“Bagaimanapun 16 rekod saman ke atas bas terbabit sudah dijatuh hukum, manakala baki lima saman masih dalam siasatan,” katanya dipetik laporan media.

Dalam kejadian tragis pada Isnin, seramai 15 pelajar UPSI meninggal dunia manakala tujuh mengalami cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan jam 1.15 pagi.

Bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu dipercayai hilang kawalan, sebelum melanggar belakang kenderaan jenis Perodua Alza.

Berita berkaitan
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
10 jam lalu· Isu semasa
Kes dadah Jakarta: Juruterbang bawa dadah ke luar negara sejak 2024
August 17, 2026· Isu semasa
Polis rekod 11 nahas maut ketika program RXZ Members 8.0
August 4, 2026· Isu semasa
Polis siasat ‘orang dalam’ kes juruterbang seludup dadah
August 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok