Pembebasan aktivis GSF, Wisma Putra jelaskan tindakan tandatangan borang

October 5, 2025 · Isu semasa

Tindakan 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menandatangani borang “Permohonan untuk Pelepasan Segera” selepas ditahan di Israel bukanlah tanda mengalah atau menyerah kalah, sebaliknya bagi mempercepatkan proses pemulangan mereka.

Menteri Luar, Mohamad Hasan, menegaskan langkah itu adalah prosedur operasi standard yang telah dimaklumkan lebih awal bagi mengelakkan proses perundangan yang rumit dan berpanjangan di Israel.

“Apabila mereka menandatangani borang itu, tidak perlulah mereka melalui proses perundangan yang rumit. Kita tidak tahu macam mana proses perundangan di Israel dan besar kemungkinan mereka terpaksa ditahan lebih lama jika tidak menandatanganinya. Jadi, proses ini diringkaskan,” jelas Mohamad kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Mawlid Masjid Sheikh Haji Ahmad hari ini.

Beliau menekankan misi GSF adalah misi keamanan untuk membantah kekejaman Israel dan bukan misi keganasan.

“GSF bukan misi keganasan, tetapi misi keamanan untuk bantah kekejaman Israel. Mereka tidak bawa senjata di dalam bot, jadi jangan salah faham. Ada orang pertikai kita mengalah, kita bukan menyerah kalah, langkah itu ialah diplomasi secara lembut dan diam,” katanya.

Mohamad turut memaklumkan proses dokumentasi dan urusan membawa pulang kesemua 23 aktivis yang telah dibebaskan dan kini berada di Istanbul akan diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri. Kesemua mereka dijangka tiba di tanah air tidak lama lagi.

Sementara itu, kerajaan akan terus memantau pergerakan lapan lagi sukarelawan rakyat Malaysia yang menyertai gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Setakat ini, kita belum menerima maklumat terkini dan saya akan berhubung dengan pihak berkaitan. Sekiranya mereka ditahan, kita mungkin akan menggunakan cara yang sama termasuk meminta tandatangan borang itu kerana ingin ringkaskan proses perundangan,” ujarnya.

Kumpulan aktivis Malaysia itu ditahan tentera Israel pada Khamis lepas setelah kapal mereka dipintas di perairan Zon Merah R3, Laut Mediterranean, sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Berita berkaitan
Malaysia tak benarkan transit kargo tentera ke Israel: Anwar
September 15, 2026· Isu semasa
Mahfuz pesan UMNO jangan goncang Kerajaan Perpaduan
September 14, 2026· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
September 14, 2026· Politik
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
September 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok