Pembelian pesawat Boeing tiada kena mengena dengan tarif AS: Tengku Zafrul

August 2, 2025 · Isu semasa

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menjelaskan berhubung isu pembelian pesawat Boeing yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengumuman penurunan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata pembelian pesawat Boeing adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dan tidak melibatkan duit rakyat seperti didakwa segelintir pihak.

“Pembelian pesawat ini sebenarnya adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dan dibiayai menggunakan dana syarikat, bukan duit cukai rakyat!” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.

Beliau juga menjelaskan pembelian itu dibuat lebih awal pada Mac 2025 dan ketika itu Presiden AS, Donald Trump belum mengumumkan tarif yang dikenakan kepada Malaysia.

“Rancangan pembelian ini telah diumumkan seawal Mac 2025 lagi, masa itu Presiden (Donald) Trump belum umumkan tarif lagi! Tak percaya? Boleh tengok headline yang saya share sini!” katanya lagi.

Beliau turut memuatnaik laporan media bertajuk Malaysia Aviation Group tempah 30 pesawat Boeing, pilihan tambah pesawat pada 21 Mac 2025.

Tengku Zafrul juga menegaskan pembelian pesawat tersebut langung tiada kena mengena dalam rundingan perdagangan melibatkan tarif.

“Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila AS mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan.

“Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke AS berbanding membeli barang dari AS, jadi AS cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25%.

“Kita ambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing ini. Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif!” tegasnya.

Pendekatan itu,katanya, menunjukkan kepada AS bahawa kita juga pembeli besar produk mereka dan akhirnya meyakinkan mereka untuk menurunkan tarif eksport kita dari 25 peratus kepada 19 peratus.

“Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026· Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
July 22, 2026· Isu semasa
Malaysia bida kerusi Majlis Keselamatan PBB
July 13, 2026· Isu semasa
EV kekal kompetitif walaupun cukai jalan diperkenal: Johari Ghani
July 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
1 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok