Pemberhentian pekerja Petronas tiada kaitan dengan Petros: Fadillah

June 7, 2025 · Isu semasa

Langkah Petronas untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata proses penstrukturan itu perlu dilakukan di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah ketika ini.

Menurutnya, beliau juga merancang bertemu dengan Petronas untuk mendapatkan butiran terperinci mengenai proses penstrukturan semula itu.

“Itu (cabaran global) adalah sebab mengapa Petronas perlu menyusun semula keseluruhan operasinya.

“Saya merancang untuk bertemu dengan mereka (Petronas) untuk mendapatkan taklimat mengenai perkara itu dan bagi memastikan jumlah pemberhentian pekerja dapat dikurangkan, jika tidak dapat dielakkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban Aidiladha di Masjid Taman Hussein, Kuching, hari ini.

Pada 5 Jun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilaporkan berkata syarikat minyak nasional itu akan mengurangkan 10% tenaga kerjanya dalam mendepani keadaan operasi yang mencabar, terutamanya disebabkan penurunan harga minyak mentah.

Beliau berkata bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses itu dianggarkan berjumlah kira-kira 5,000 orang dan mereka yang terbabit akan dimaklumkan secara berperingkat tahun depan.

Pada 21 Mei lepas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mencapai persefahaman dengan menandatangani deklarasi bersama berhubung perkara yang melibatkan Petronas dan Petros.

Menurut deklarasi bersama itu, Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipannya yang diamanahkan kepada syarikat tersebut di Malaysia, di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturannya.

Sebarang perjanjian antara Petronas dan anak-anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan gas asli cecair (LNG) daripada operasi huluan hingga eksport LNG kepada pihak asing kekal tidak terjejas. – Bernama

Berita berkaitan
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Dadah RM3.3 juta dirampas di Kuching, dua lelaki didakwa
October 9, 2026· Isu semasa
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026· Politik
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok