Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF

April 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menegaskan langkah penjimatan yang diumumkan baru-baru ini tidak akan menjejaskan sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan, sebaliknya hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua perbelanjaan teras, termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan akan diteruskan seperti diluluskan dalam Belanjawan 2026.

Ia termasuk operasi melibatkan petugas barisan hadapan yang kekal menjadi keutamaan kerajaan.

“Panduan pelarasan ini hanya membabitkan langkah seperti penangguhan acara, mengehadkan perjalanan luar negara, penjimatan utiliti serta penangguhan pengisian jawatan bukan kritikal,” menurut kenyataan itu.

Langkah tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurus kewangan negara secara lebih berhemah, terutama dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Pada masa sama, MOF menjelaskan langkah tersebut ertujuan mewujudkan ruang fiskal bagi membiayai bantuan serta subsidi bersasar kepada golongan yang terkesan.

“Kita perlu memastikan sokongan kepada sektor rentan terus kukuh tanpa menjejaskan perkhidmatan asas rakyat,” kata kementerian itu lagi.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan semua kementerian dan agensi melaksanakan penjimatan terhadap perbelanjaan mengurus masing-masing, melibatkan jumlah keseluruhan sekitar RM10 bilion bagi tahun 2026.

Arahan ini susulan tekanan ekonomi global, termasuk kesan ketidaktentuan rantaian bekalan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat.

Dari segi pelaksanaan, beberapa kementerian utama dijangka terlibat dalam pelarasan terbesar, termasuk sektor kesihatan dan pendidikan tinggi yang mempunyai peruntukan tinggi dalam belanjawan negara.

Namun, kerajaan memberi jaminan langkah ini tidak akan menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

MOF turut menegaskan komitmennya untuk terus meningkatkan kecekapan perbelanjaan serta memastikan negara kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang dijangka berpanjangan.

Berita berkaitan
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
5 jam lalu· Politik
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
13 jam lalu· Politik
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
16 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok