Ahmad Zahid Hamidi.
Barisan Nasional (BN) akan menghantar surat rasmi kepada MIC bagi meminta penjelasan terperinci berhubung kehadiran seorang pemimpin kanan sayap parti tersebut di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada Bersatu yang diadakan di Shah Alam, semalam.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan MIC perlu memberikan penjelasan bertulis memandangkan Bersatu bukanlah komponen dalam gabungan BN, sebaliknya merupakan parti pembangkang.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku kerana BN merupakan sebahagian daripada kerajaan Madani.
“Kita serahkan kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin berdasarkan peraturan partinya. Mereka juga akan dipinta oleh Setiausaha Agung BN untuk memberikan penjelasan secara bertulis kenapa menghantar wakil,” katanya.
Zahid berkata langkah itu memberikan gambaran yang tidak baik baik terhadap imej gabungan tersebut.
“Ia satu manifestasi yang tidak baik dan tidak sepatutnya mana-mana wakil parti komponen BN menghadiri persidangan anjuran parti di luar Kerajaan Madani, sama ada atas kapasiti peribadi mahupun rasmi,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Motivasi Desa (Mode) Kemas dan Bakti Madani UiTM di Dewan Masjid Tuminah Hamidi pada Ahad.
Laporan media pada Sabtu menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda MIC, K. Kesavan hadir pada PAT Armada Bersatu kali ke-8 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Beliau dilihat duduk di barisan hadapan bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, semasa Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham menyampaikan ucaptama.
Kehadiran wakil MIC itu menarik perhatian apabila Muhammad Hilman, yang juga ADUN Gombak Setia, menyebut MIC dalam ucapannya, yang disambut dengan sorakan oleh perwakilan Armada yang hadir.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri