Isu kibar bendera Jalur Gemilang secara terbalik di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pemuda UMNO membatalkan “Himpunan Maruah Tanah Airku” yang dirancang di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, berikutan penahanan pemilik kedai oleh polis kerana kesalahan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
Dalam kenyataan rasmi, sekretariat Pemuda UMNO menyatakan keputusan ini dibuat atas “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan” sambil memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih kepada media serta penyokong.
Terdahulu kontroversi tercetus apabila tular video menunjukkan Jalur Gemilang dikibarkan terbalik di hadapan kedai perkakasan di Kepala Batas. Pemilik kedai berusia 59 tahun itu kemudian ditahan polis dan sedang menunggu proses pendakwaan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang sebelum ini merancang untuk “mengajar” cara mengibarkan bendera dengan betul, mengumumkan penangguhan program tersebut melalui Facebook:
“Memandangkan polis sudah bertindak dan siasatan sedang berjalan, kami memberi ruang kepada proses undang-undang. Namun kami mendesak hukuman berat sebagai pengajaran kepada umum.”
Pada 9 Ogos, akhbar harian berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa pemilik kedai, Feng Jin Zhen menjelaskan bahawa dia sedang mengukur panjang sebatang tiang besi semasa menggantung bendera itu dan tidak menyedari ia terbalik.
Apabila menyedari bendera itu terbalik, Feng berkata dia segera membetulkannya.
Dia juga berkata dia tidak menyedari keseluruhan proses telah dirakam dan dimuat naik ke Facebook, dan kesal kerana video itu tidak merakan apabila kedudukan bendera telah diperbetulkan.
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang