Lokman mengkritik Akmal sebagai 'budak H20' dalam satu wawancara baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Batu, Mohd Zulfadli Amiruddin mengecam tindakan Ahli MajlisTertinggi (MT) UMNO, Lokman Noor Adam yang terus menyerang Ketua Pemudanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh secara terbuka.
Dalam kenyataan dipetik portal MalaysiaGazette, Zulfadli menyifatkan tindakan Lokman bukan sahaja menjejaskan imej parti tetapi juga membuka ruang kepada musuh politik untuk mentertawakan perpecahan dalaman UMNO.
“Menyerang seorang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang bekerja keras mengangkat suara anak muda dan mempertahankan maruah parti adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan menyalahi semangat kesetiaan kepada perjuangan,” tegasnya.
Zulfadli memuji Dr. Akmal yang menurutnya berani bersuara dalam isu-isu kritikal menyentuh kepentingan rakyat, agama dan bangsa ketika ramai pemimpin lain memilih untuk berdiam diri.
Beliau menegaskan sebarang perbezaan pendapat patut dibincangkan secara dalaman melalui saluran parti yang betul, bukan disebarkan di media sosial atau pentas terbuka sehingga menjejaskan perpaduan ahli.
Kenyataan ini dibuat susulan video tular yang memaparkan Lokman mendakwa Dr. Akmal menjadi ‘ejen’ yang bertujuan memecahbelahkan hubungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, serta membantu agenda tertentu untuk membawa UMNO bersama Perikatan Nasional.
Zulfadli mengulangi komitmen Pemuda UMNO Batu untuk berdiri teguh di belakang Dr. Akmal dan menyeru semua pihak menghentikan politik menyerang sesama sendiri.
“Musuh sebenar kita ialah pihak lawan di luar, bukan pemimpin muda di dalam parti sendiri. UMNO tidak akan maju jika terus dibelenggu sikap seperti ini,” katanya.
Beliau mengingatkan Lokman agar berhenti menjadi beban kepada parti dan kembali kepada landasan sebenar untuk memperkukuhkan UMNO, bukan menghancurkannya dari dalam.
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik