Pemuda UMNO Kapar bidas Lokman biadab tuduh Akmal sebagai ‘budak H20’

August 22, 2025 · Politik

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Afiffi Mohd Aris membuat aduan rasmi dan memohon tindakan disiplin diambil terhadap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Lokman Noor Adam.

Dalam surat yang dikemukakan bertarikh 22 Ogos kepada Setiausaha Agung UMNO, Mohd Afiffi mendakwa Lokman mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan tidak beretika semasa sesi temu bual bersama NRChannel TV yang disiarkan di media sosial.

Beliau berkata Lokman secara terbuka menuduh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, mempunyai agenda tersembunyi untuk menyokong “H2O”, gelaran kepada Hishammuddin Hussein bagi menjadi Perdana Menteri.

“Tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab ini jelas membelakangi semangat solidariti serta setiakawan sesama ahli UMNO, malah secara langsung menimbulkan defisit kepercayaan dalam kalangan ahli serta akar umbi terhadap kewibawaan MT sendiri,” katanya.

Lokman juga dilaporkan melabelkan Dr. Akmal sebagai “Ketua Pemuda H2O”.

Menurut Mohd Afiffi, kenyataan sedemikian bukan sahaja bersifat fitnah, malah berpotensi menimbulkan perpecahan dalam kepimpinan UMNO, merosakkan imej parti, serta menanam persepsi negatif dalam kalangan orang ramai.

Mohd Afiffi menambah, sikap menyerang sesama sendiri amat merugikan UMNO, terutamanya ketika parti sedang bersiap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Tindakan sebegini hanya menguntungkan pihak lawan dan melemahkan parti.

Oleh itu, Pemuda UMNO Bahagian Kapar mendesak supaya Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan tegas terhadap Lokman mengikut Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO.

Mereka berharap tindakan tersebut akan menjadi pengajaran kepada semua ahli agar tidak melanggar disiplin parti.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
3 jam lalu· Isu semasa
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
3 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
August 26, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
August 26, 2026 · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
3 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
4 jam lalu · Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok