Pencapaian terbaik dalam Indeks Daya Saing hasil reformasi kerajaan: PMO

June 19, 2025 · Isu semasa

Langkah berterusan kerajaan dalam melakukan reformasi ekonomi dan pentadbiran membuahkan hasil dan ia terbukti dengan pencapaian yang diiktiraf dalam Indeks Daya Saing Dunia Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) 2025.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata prestasi itu berjaya dikecap hasil pendekatan menyeluruh kerajaan dan negara, sekali gus membuktikan reformasi ekonomi serta birokrasi berjaya membuahkan hasil.

Tambah beliau, apa yang dikecapi itu juga disumbangkan Kerangka Ekonomi Madani untuk terus memastikan ekonomi negara berada di landasan tepat.

“Saya mulakan taklimat Pejabat Perdana Menteri dengan menyingkap pencapaian membanggakan yang kita terima minggu ini.

“Malaysia kini berada di kedudukan ke-23 dalam IMD 2025, melonjak 11 anak tangga berbanding tempat ke-34 tahun lalu. Ini merupakan prestasi terbaik negara sejak 2020.

“Kejayaan ini juga mencerminkan usaha kolektif dalam memperkukuh dasar fiskal, mempermudah urusan perniagaan serta mempercepat reformasi penyampaian perkhidmatan awam, termasuk lebih 1,000 inisiatif di bawah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

“Sebagai contoh, indeks persepsi birokrasi negara telah melonjak 22 anak tangga, satu isyarat jelas bahawa reformasi sedang menunjukkan hasil yang nyata, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi turut diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan di platform media sosialnya hari ini.

WCR 2025 yang diterbitkan oleh IMD dan berpangkalan di Switzerland menyaksikan lonjakan Malaysia dalam kalangan 69 ekonomi berbanding tempat ke-34 tahun lalu.

Ia laporan komprehensif menilai sesebuah ekonomi berdasarkan keupayaan untuk menjana dan mengekalkan persekitaran mesra perniagaan yang menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: PAS panik selepas PMX umum akan dedah kepada umum?
July 24, 2026· Politik
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
6 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok