Pendakwaan bantah permohonan Abu Sahid dapatkan semula pasport

December 11, 2025 · Isu semasa

Pihak pendakwaan akan membantah permohonan Abu Sahid Mohamed untuk mendapatkan pasport bagi menghantar anak perempuannya ke universiti di London pada Januari depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aznika Mohd Anas memaklumkan kepada mahkamah notis permohonan itu diterima semalam dan pihaknya akan memfailkan afidavit esok.

“Kami akan membantah permohonan tersebut dan mohon tarikh pendengaran ditetapkan,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin.

Peguam Jasbeer Singh, yang mewakili Abu Sahid, memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit balasan pada Isnin dan memohon agar pendengaran dijalankan pada 17 Disember.

“Kami juga mohon supaya kehadiran Abu Sahid dikecualikan pada tarikh itu,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember sebagai tarikh pendengaran permohonan.

Abu Sahid berdepan lima pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM458.5 juta ketika memegang amanah sebagai Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3 Mei 2016 hingga 21 Oktober 2019 di dua cawangan bank di Taman Tunku dan Taman Serdang Perdana.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan.

Selain itu, beliau turut didakwa dengan 10 pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM116.4 juta kepada beberapa individu dan syarikat pembinaan.

Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa melupuskan wang berjumlah RM22.8 juta melalui pengeluaran tunai menggunakan 15 keping cek antara Mei 2016 dan September 2018.

Kes itu dikendalikan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai wang terlibat jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026· Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
November 24, 2026· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok