Penebusan SARA jalan lancar, lebih banyak kedai dan produk disedia: Fahmi

February 12, 2026 · Isu semasa

Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dilaporkan berjalan lancar sejak ia mula dikreditkan minggu ini, tanpa sebarang gangguan sistem atau masalah operasi setakat ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata persediaan rapi oleh pihak pelaksana, MyKasih, membantu memastikan proses penebusan berjalan teratur di seluruh negara dan kemudahan itu boleh digunakan sehingga hujung tahun ini.

“SARA Untuk Semua boleh digunakan hingga 31 Dis tahun ini dan ia bermula tanpa apa-apa masalah. Kali ini jumlah produk juga lebih banyak berbanding sebelum ini termasuk barangan sejuk beku, selain penambahan kedai kepada 10,000 premis termasuk kedai runcit,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi.

Beliau turut menggesa supaya sebarang maklum balas berkaitan pelaksanaan program disalurkan segera bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan dengan pantas melalui Kementerian Kewangan.

“Saya harap maklumat dari akar umbi dapat disampaikan segera. Jika ada sebarang isu, kita akan pastikan pihak berkaitan menerima maklumat dengan cepat untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Program SARA Untuk Semua mula disalurkan pada 9 Februari lalu melibatkan peruntukan RM2.2 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad di seluruh negara.

Setiap penerima menerima RM100 secara sekali bayar yang boleh digunakan sehingga 31 Dis 2026.

SARA merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membantu kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Program ini sebelum ini tertumpu kepada kumpulan sasar tertentu sebelum diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.

Bagi tahun ini, kerajaan turut menambah baik kemudahan pembelian dengan meluaskan kategori barangan kepada 15 kategori termasuk makanan sejuk beku.

Selain itu, sasaran untuk menambah jumlah rakan niaga SARA kepada 10,000 kedai runcit kecil menjelang hujung tahun dijangka dapat meningkatkan akses kemudahan kepada pengguna di kawasan bandar dan luar bandar.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok