Pengecualian bayaran balik PTPTN untuk IPTS akan dipertimbangan

December 1, 2025 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengakui terdapat keperluan untuk mempertimbangkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada kumpulan B40 dan M40 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud berkata terdapat cadangan bagi meluaskan pelaksanaan insentif tersebut yang buat masa ini hanya terhad kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Sebelum ini model digunakan merangkumi pelajar IPTS tetapi untuk kali ini hanya membabitkan IPTA yang dihadkan kepada B40 dan M40 sahaja,” jelas Mustapfa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sebarang pelaksanaan ke atas IPTS memerlukan perincian mekanisme yang teliti.

“Saya fikir ada kewajaran untuk menilai IPTS (cadangan pengecualian bayaran) tetapi mekanisme perlu diperincikan. Saya fikir ia akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan KPT,” katanya lagi.

Mustapha turut mendedahkan pencapaian terkini bayaran balik PTPTN.

Sehingga 31 Oktober lalu, seramai 911,788 peminjam daripada keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berjaya menyelesaikan bayaran balik pinjaman berjumlah RM13.89 bilion.

Namun, beliau turut menyatakan seramai 967,796 peminjam dalam kategori yang sama masih mempunyai tunggakan bayaran balik yang mencecah RM10.23 bilion.

Statistik tersebut menunjukkan usaha berterusan diperlukan bagi menggalakkan lebih ramai peminjam memenuhi tanggungjawab membayar balik pinjaman pendidikan mereka.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Pelajar Tingkatan Enam bakal terima elaun
August 28, 2026· Isu semasa
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026· Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok