Pengesahan umur platform media sosial pelindung kanak-kanak daripada eksploitasi

October 17, 2025 · Isu semasa

Cadangan mewajibkan pengesahan identiti pengguna media sosial melalui sistem eKYC dilihat sebagai langkah proaktif bagi menangani isu pengantunan dan eksploitasi kanak-kanak di alam siber yang semakin membimbangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Amirudin Abdul Wahab berkata, mekanisme itu bukan sahaja menyukarkan penciptaan profil palsu malah membantu pihak berkuasa menjejak individu yang menyalahguna platform untuk tujuan jenayah.

“Ia juga menyokong perlindungan umur minimum pengguna sekali gus menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun mendaftar akaun secara bebas,” jelasnya dipetik laporan Bernama.

Beliau bagaimanapun menekankan perlunya pelaksanaan yang berhati-hati memandangkan wujud cabaran dari segi kos, privasi dan kebolehcapaian.

Amirudin berkata, pemangsa sering menggunakan identiti rekaan dan mendekati mangsa dengan taktik psikologi.

“Ada kanak-kanak yang mencari perhatian dalam talian. Situasi ini dimanfaatkan ‘groomers’ yang menyamar sebagai rakan sebaya dan membina kepercayaan sebelum mengalih perbualan ke arah sensitif,” katanya.

Pendapat itu disokong Prof Madya Dr Sonny Zulhuda dari UIAM yang yakin eKYC mampu mengurangkan akaun palsu, namun mengingatkan tentang risiko penyerahan maklumat peribadi sensitif seperti pengenalan wajah.

“Kanak-kanak kumpulan paling terdedah. Mereka cenderung beri data tanpa faham risiko, membuka ruang kepada ancaman seperti pencurian identiti,” ujarnya.

Sonny mencadangkan alternatif seperti ‘pengesahan umur pihak ketiga’ yang diamalkan beberapa negara EU.

“Dalam model ini, data pengguna tidak dihantar ke platform. Pihak ketiga sahaja yang mengesahkan umur dan beri status ‘lulus’ atau ‘gagal’. Ia lebih beretika dan selamat,” jelasnya.

Sementara itu, pakar psikiatri Dr Hijaz Ridzwan menegaskan pencegahan harus bermula di rumah.

“Ibu bapa perlu jadi contoh, tunjuk cara interaksi sihat di media sosial dan bincang batas perbualan. Ini asas celik digital sebenar,” tegasnya.

Komunikasi berasaskan empati, katanya, membantu anak berasa selamat untuk berkongsi apabila berdepan situasi tidak selesa dalam talian.

Beliau memberi amaran kesan jenayah pengantunan boleh mendalam dan berpanjangan.

“Mangsa sering bawa kesan sehingga dewasa, mengalami tekanan emosi dan sukar bina hubungan sihat kerana pernah dimanipulasi ketika kecil,” jelasnya mengenai kepentingan langkah pencegahan menyeluruh.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau eKYC bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
4 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
August 18, 2026· Isu semasa
TH perlu perkukuh komunikasi, dekati pendeposit: Bernama
August 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok