Penggunaan sistem PADU dalam pelaksanaan subsidi bersasar RON95 diperhalusi: MOF

August 4, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kewangan sedang memperhalusi langkah menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi dijadikan mekanisme penyasaran semula subsidi petrol RON95.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan yang berkata sistem PADU kini sudah mempunyai 30.4 juta profil individu yang terkandung maklumat demografi, lokaliti, sosioekonomi serta pekerjaan, pendapatan, pendidikan, pemilikan kenderaan, status kemiskinan dan jenis bantuan yang diterima individu.

“Berhubung pelaksanaan subsidi bersasar, data PADU yang akan digunakan oleh MOF bertujuan menjadi rujukan kepada penerima subsidi RON95… inilah pengguna pertama PADU yang betul-betul terperinci yang akan digunakan (untuk subsidi bersasar).

“Pada masa ini, kerajaan memfokuskan kepada penggunaan data yang terkini bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Sebagai contoh, pengesahan dan verifikasi maklumat pemohon bagi mengenal pasti penerima yang benar-benar layak dan seterusnya mengurangkan ralat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung perancangan Kementerian Ekonomi terhadap sistem PADU dan jumlah data yang dikumpul setakat Jun 2025 serta kesediaan kerajaan untuk melaksanakan audit berkala terhadap sistem itu melalui badan bebas bagi menjamin ketelusan dan tatakelola yang betul.

Amir Hamzah berkata, menerusi data yang tersedia, kerajaan juga boleh mengenal pasti program intervensi bagi kumpulan sasar tertentu.

Selain itu katanya, pada masa ini, sebanyak 204 agensi telah melaksanakan perkongsian dan integrasi data secara berterusan dengan PADU, dengan penggunaan data masih terhad kepada keperluan khusus agensi kerajaan.

“Bagi menggalakkan pembuatan keputusan berpacukan data, satu garis panduan perkongsian PADU diwujudkan dan diedarkan kepada semua agensi kerajaan pada 25 Feb, selain sesi penerangan kepada kementerian dan agensi, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dilaksanakan dari Februari hingga Jun tahun ini.

“Sehingga kini, sembilan permohonan (penggunaan data PADU) daripada pelbagai agensi telah diluluskan bagi tujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dasar dan inovasi pendigitalan perkhidmatan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
2 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
8 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok