Pengkhianat dalam parti bersekongkol dengan musuh akan dibersihkan: Sanjeevan

September 30, 2025 · Politik

Parti Bersatu tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dalaman mahupun ancaman musuh politik dari luar, tegas Naib Ketua Bersekutunya, Sanjeevan Ramakrishnan.

Beliau menegaskan Presiden parti, Muhyiddin Yassin, akan terus kekal sebagai nakhoda yang dipercayai untuk memimpin Bersatu dengan penuh prinsip dan integriti, ia susulan usaha yang digerakkan oleh kumpulan tertentu untuk menghancurkan parti itu.

“Namun, perkembangan mutakhir amat membimbangkan. Wujud segelintir pimpinan parti yang bukan sahaja melanggar disiplin dan Perlembagaan, malah saya percaya mereka bersekongkol dengan musuh politik dari luar untuk melemahkan Bersatu demi kepentingan peribadi,” jelas Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau itu dilihat sebagai tindak balas kepada sidang media yang diadakan oleh Wan Saiful Wan Jan sehari sebelumnya berhubung isu pengumpulan tandatangan ketua bahagian yang mencetuskan kontroversi dalaman parti.

Menurut Sanjeevan, sebarang percubaan untuk menggugat kestabilan dan kepimpinan parti akan ditangani dengan tegas.

Beliau menegaskan bahawa Bersatu tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar oleh individu yang ‘gila kuasa’.

“Bersatu perlu kekal sebagai wadah perjuangan menentang rasuah, salah guna kuasa dan politik rakus,” tegasnya lagi.

Beliau turut menyeru agar tindakan tegas dilaksanakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan parti.

“Tindakan disiplin perlu diambil tanpa sedikit pun kompromi dan pilih kasih.

Kepala yang cuba menggoncang parti dari dalam mesti digugurkan jika tidak, pengkhianatan akan terus berakar serta menghancurkan rakyat,” ujarnya.

Berita berkaitan
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026· Politik
Jual ketakutan kepada orang Melayu, Mahfuz kritik corak politik PAS
August 14, 2026· Politik
Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab
August 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok